Setiap keluarga yang terjejas banjir di Johor akan menerima bantuan RM300 daripada kerajaan negeri supaya sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka.<br /><br />Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan demikian ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah di Labis, pada Khamis.
